Lihat juga
13.07.2023 10:07 AMSebelum data inflasi AS terkini dikeluarkan, tiada siapa menjangkakan pertumbuhan harga pengguna akan menjadi perlahan daripada 4.0% kepada 3.2%, kerana kebanyakan percaya bahawa hadnya ialah 3.1%. Tetapi realiti melepasi semua jangkaan, membuatkan semua orang berfikir bahawa Fed akan melalui hanya satu kenaikan kadar faedah dan bukannya dua yang dijanjikan oleh bank sebelum ini. Perbincangan juga muncul bahawa mungkin tidak ada kenaikan sama sekali dan, mungkin menjelang akhir tahun, tahap kadar faedah di AS akan mula menurun. Dolar serta-merta mula menyusut selepas pengumuman berita ini.
Lantunan atau pembetulan harga kecil akan berlaku hanya jika pemain pasaran melihat sebab yang baik untuk membeli dolar AS. Contohnya adalah data terkini mengenai pengeluaran perindustrian di UK, yang mempercepatkan penurunannya daripada -1.6% kepada -2.3%. Walau bagaimanapun, data ini kekal lebih baik daripada ramalan sebanyak -2.4%, jadi ia hanya menyebabkan terhenti seketika.
Laporan serupa yang akan datang dari zon Eropah mungkin mempamerkan keputusan yang sama, terutamanya kerana ramalan mengatakan pertumbuhan 0.2% akan digantikan dengan penurunan -1.4%. Dan walaupun data melebihi jangkaan, ia akan mencukupi untuk mencetuskan pembetulan setempat.
Pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan pergerakan menaik yang agak intensif, mencecah tahap tinggi tempatan bagi arah aliran jangka sederhana. Ia diniagakan di atas tahap 1.1150, tetapi memandangkan pasangan mata wang ini kelihatan terlebih beli (overbought), penarikan smeula harga berkemungkin anakan berlaku tidak lama lagi.
Pasangan mata wang GBP/USD telah mencapai tahap rintangan 1.3000, di mana volum pesanan beli menurun secara beransur-ansur. Memandangkan isyarat bagi pasangan mata wang ini terlebih beli (overbought), maka penarikan semula harga mungkin akan berlaku tidak lama lagi.
You have already liked this post today
* Analisis pasaran yang disiarkan di sini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi tidak untuk memberi arahan untuk membuat perdagangan.
